Dino Zoff
Dino Zoff

Dino Zoff

Dino Zoff (sebutan bahasa Itali: [ˈdiːno dˈdzɔf]; lahir 28 Februari 1942) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol. Beliau merupakan pemain tertua yang pernah menjuarai Piala Dunia sewaktu beliau menjadi kapten pasukan Itali dalam edisi 1982 pada usia 40 tahun, 4 bulan dan 13 hari. Beliau juga meraih anugerah penjaga gol terbaik kejohanan dan dimasukkan ke dalam bintang pasukan pilihan kejohanan. Beliau juga menjuarai kejohanan Euro 1968 yang diadakan di tanah airnya. Zoff merupakan satu-satunya pemain Itali yang pernah memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.[3] Beliau turut menikmati pencapaian besar bersama Juventus dengan merangkul enam gelaran Serie A, dua trofi Coppa Italia dan satu kejuaraan Piala UEFA. Beliau juga mara ke dua perlawanan akhir Piala Eropah pada musim 1972–73 dan 1982–83 di samping pasukannya bergelar naib juara dalam Piala Antara Benua 1973.Zoff merupakan penjaga gol yang memiliki kemampuan luar biasa dan dilihat sebagai penjaga gol terbaik yang pernah bermain,[4][5][6] di mana beliau terletak di kedudukan ketiga sebagai penjaga gol terbaik pada abad ke-20 oleh IFFHS di belakang Lev Yashin dan Gordon Banks.[7] Beliau telah memegang rekod penampilan terbanyak tanpa dibolosi gol dalam kejohanan antarabangsa (selama 1,142 minit) antara tahun 1972 dan 1974.[8] Dengan 112 penampilan antarabangsa, beliau merupakan pemain Itali keenam yang melakukan penampilan terbanyak. Pada tahun 2004, Pelé menyenaraikan Zoff sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup. Pada tahun yang sama, Zoff berada di kedudukan kelima dalam kedudukan UEFA Golden Jubilee Poll dan dipilih sebagai pemain paling berharga Itali dalam tempoh masa 50 tahun yang lepas. Beliau juga merupakan pemenang naib juara dalam anugerah Ballon d'Or 1973 selepas pasukannya hampir melengkapkan kejuaraan treble bersama Juventus. Pada tahun 1999, Zoff menduduki tempat ke-49 dalam 100 Greatest Players of the Twentieth Century oleh World Soccer Magazine .[9]Selepas bersara, Zoff meneruskan kerjaya jurulatihnya dengan mengendalikan pasukan kebangsaan Itali yang berjaya mara ke final Euro 2000 dan beberapa kelab Itali yang lain termasuklah Juventus. Bersama Juventus, pasukannya menjuarai Piala UEFA dan Coppa Italia ketika musim 1989–90, yang juga merupakan trofi yang dimenanginya semasa menjadi pemain Juve. Pada September 2014, Zoff menerbitkan autobiografinya, Dura solo un attimo, la gloria ("Kejayaan hanya Berlangsung Sesaat").[10]

Rujukan

WikiPedia: Dino Zoff http://www.sportsnet.ca/soccer/dino-zoff-hospitali... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/02/05/b... http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/world/2002... http://www.englandfootballonline.com/TeamHons/Hons... http://www.espnfc.com/euro2000/news/20000704itazof... http://www.espnfc.com/fifa-world-cup/4/blog/post/1... http://www.eurosport.com/football/dino-zoff_prs336... http://www.goldenfoot.com/en/legends.html http://www.ilsole24ore.com/art/SoleOnLine4/Sport/e... http://www.rsssf.com/miscellaneous/europa-poy.html